Pages

Khasiat Ikan Haruan


Ikan air tawar jenis karnivor ini, juga spesies asli hutan hujan tropika, boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia.

No comments: