Pages

KHASIAT KURMA



KHASIAT KURMA
Kurma ialah sejenis tumbuhan (palma)  atau dikenali dengan nama saintifiknya Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada yang dimasak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh dinegara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis spesis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang juga dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis spesis. Dalam kalangan penduduk di negara-negara Arab, kurma ialah makanan utama mereka, malah dalam kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya:
"Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma yang masak"Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.

"
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang di tanam sendiri oleh Rasulullah SAW. 


Terdapat juga dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kurma ini, iaitu ketika dialami oleh Sayyidatina Maryam ketika beliau mengandungkan Nabi Isa a.s. Tafsirnya:

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."(Surah Maryam:25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah SWT memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 



Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain. 




Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. 




Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya:
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum  solat. Sekiranya tiada kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka baginda meminum beberapa teguk air .
(H.R. Ahmad)
Di riwayatkan oleh Anas r.a beliau berkata:
"Rasulullah SAW berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:Maksudnya:Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata:
"Saya mendengar  Rasulullah SAW bersabda:
"Hindari-lah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah biji kurma."
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah biji kurma maka kita telah terhindar daripada api neraka. Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka, khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugasan harian iaitu beribadat kepada Allah SWT. 


BIODATA RASULULLAH SAW


::Biodata Baginda::

Nama: Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (di kenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah   Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makah Al-Mukaramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (di gelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As- Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-S'diah. suaminya bernama Abu Kabsyah)


 ::USIA 5 TAHUN::
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


::USIA 6 TAHUN::

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


::USIA 8 TAHUN::

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


::USIA 9 TAHUN:: (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusyafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira ) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


::USIA 20 TAHUN::
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhamad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Baginda pernah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

::USIA 25 TAHUN::
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalan ke Syam ditemani oleh lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu, Mas kahwin baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham.

::USIA 35 TAHUN::
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul -Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakkan batu tersebut.

::USIA 40 TAHUN::
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikkan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

::USIA 53 TAHUN::
Berhijrah ke Madinah Al-Munawarah dengan ditemanin oleh Saidina Abu bakar Al-Siddiq.Sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M

::USIA 63 TAHUN::
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/8 Jun 632M.


~:: ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
::~

~ Kahdijah binti Khuwailid

~ Saudah binti Zam'ah

~ Aisyah binti Abu Bakar(anak Saidina Abu Bakar)

~ Hafsah binti Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)

~ Ummi Habibah binti Abu Sufyan

~ Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

~ Zainab binti Jahsy

~ Maimunah binti Harith

~ Safiyah binti Huyai bin Akhtab

~ Zainab binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin)


~:: ANAK-ANAK RASULULLAH SAW::~
 

1~ Qasim
2~ Abdullah
3~ Ibrahim
4~ Zainab
5~ Ruqaiyah
6~ Ummi Kalthum
7~ Fatimah Al-Zahra


~:: ANAK TIRI RASULULLAH::~
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zuharah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW ,Khadijah adalah seorang janda).


~::IBU SUSUAN::~
1~ Thuwaibah
2~ Halimah Al-Saidiyyah


::SAUDARA SUSUAN::
1- Hamzah
2- Abu Salamah  Abdullah bin Abdul Asad
3- Abu  Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
4- Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
5- Syaima binti Harith bin Abdul Uzza
6- Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza


::BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (anak-anak kepada Abdul Muttalib
 )

1- Al- Harith
2- Muqawwam
3-  Zubair
4- Hamzah*
5- Al-'Abas*
6- Abu Talib
7- Abu Lahab (nama asalnya Abdul 'Uzza)
8- Abdul Ka'bah
9- Hijl
10- Dhirar
11- Umaimah
12- Al-Bidha(ummu Hakim)
13- Atiqah**
14- Arwa**
15- Umaimah
16- Barrah
17- Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)

* Sempat masuk islam
**Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku  nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(H.R.Al-Sajary daripada Anas)

~::~ MUTIARA KATA~::~
"Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir"(wasiat Imam Syafie r.a )


............:::H&H:::.....................:::H&H:::.............:::H&H:::................... 

KEUTAMAAN BERJIHAD

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

"Orang-orang yang mukmin hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwanya di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
(Q.S. Al Hujurat:15)

Dari Nukman bin Basyir ra, dia berkata, "Aku sedang berada di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata, "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini, aku hanya akan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji." Yang lain berkata, "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini aku hanya akan membangunkan Masjidil Haram saja." Kemudian ang lain lagi mengatakan, "Jihad lebih utama dari apa yang kalian katakan itu." Maka Umar ra membentak mereka dan berkata, "Janganlah kamu mengeraskan suaramu di sebelah mimbar Rasulullah SAW." Ketika itu hari Jumaat. Setelah solat Jumaat, aku datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta fatwanya tentang apa yang di perdebatkan itu. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat: 

"Adakah kamu jadikan jabatan beri air orang haji dan memperbaiki Masjidil Haram, sama dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian serta berjuang di jalan Allah? Allah tiada menunjuki kaum yang aniaya."
(Q.S. At-Taubah:19) 

Dari Abdullah bin Salam ra, dia berkata, " Aku duduk dalam sekumpulan sahabat Rasulullah SAW. Kami berkata, " Kami tidak tahu amal apakah yang paling utama dan paling disukai Allah. Beritahulah hal itu kepada kami!" 
Kemudian Allah menurunkan ayat :

"Telah bertasbih kepada Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang ada di bumi  dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hai orang-orang mukmin, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu)."
(Q.S. Ash Shaf:1-4)

Dirawikan bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku amal yang dapat memenangi jihad!" Rasulullah menjawab, "Aku tidak menemukannya. "Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Apakah kamu mampu ketika seorang mujahid (pejuang) keluar,lantas kamu pergi ke masjid solat tanpa henti dan berpuasa tanpa berbuka?" Lelaki itu berkata, "Siapa yang mampu demikian?"

 Dari Abu Hurairah ra dia berkata, "Seorang lelaki dari sahabat Rasulullah SAW, melalui suatu kaum yang di situ terdapat air yang menyegarkan. Lelaki itu berbicara dalam harinya, "Kalau aku memisahkan diri dari orang-orang dan aku tinggal di kampung ini... Tapi aku tidak akan berbuat sebelum minta izin Rasulullah SAW." Kemudian lelaki itu menanyakan kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW bersabda:

"Janganlah kamu mampu berbuat demikian. Sesungguhnya salah seorang kamu berjuang di jalan Allah lebih utama daripada solat di rumahnya tujuh puluh tahun. Tidak inginkah Allah mengampunimu dan memasukkanmu ke Syurga? Berperanglah di jalan Allah! Siapa terbunuh di atas unta, dalam  perjuangan di jalan Allah, pasti dia mendapat Syurga."

Bila mana seorang sahabat besar  tidak diizinkan oleh Rasulullah SAW beruzlah beserta kesungguhannya dalam saat dan memberikan kebaikkan, bahkan baginda menyuruhnya supaya berjihad, maka bagaimana dengan kita yang meninggalkan jihad dengan ketaatan yang amat sedikit pula, di tambah keburukan yang banyak, tidak tahu hal yang dihalalkan dan rosak pula niatnya?
Rasulullah SAW bersabda:

"Ibarat pejuang di jalan Allah dan Allah Maha Mengetahui orang yang berjuang di jalan-Nya, seperti orang yang berpuasa, yang khusyuk solatnya, yang rukuk dan sujud."

Dan baginda bersabda:
" Siapa yang rela dengan Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agama dan Muhamad sebagai Rasul, pasti dia mendapatkan Syurga." Abu Said al-Khudri merasa hairan, maka berkata, "Ulangilah wahai Rasulullah!"  Rasulullah lalu mengulanginya untuk Said, kemudian bersabda, " Yang lebih indah lagi Allah mengangkat dengannya untuk hamba seratus darjat di mana antara dua darjat bagaikan antara langit dan bumi." Said berkata, " Apa itu, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Ialah berjihad di jalan Allah SWT." 

Aku Ingin Mencintai Mu


Aku Ingin Mencintai Mu

Tuhan betapa aku malu
atas semua yg Kau beri
padahal diriku..
terlalu sering
membuatMu  kecewa
entah kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrah ku sebagai manusia
untuk menghambakan Mu
betapa tak ada apa-apanya
aku di hadapan Mu

Aku ingin mencintai Mu
setulusnya...
sebenar-benar aku cinta
dalam doa...
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu
selamanya....
Sehina apa pun diri ku
aku berharap
untuk bertemu dengan Mu
Ya Rabbi......


MAHABAH CINTA


 Tanda mahabah cinta adalah mengikuti yang di cintai dan tidak akan menentangnya..

Di ceritakan bahawa ada sekumpulan orang datang kepada Asy Syibli ra. Dia berkata,''Siapakah kalian?" Mereka menjawap,"Kamilh para pecinta tuan," Dia menghadap kemudian dia melempari mereka dengan batu,Tentu saja mereka lari lintang pukang.Lalu Asy Syibli b'kata,"Mengapa engkau lari dariku? Jika engkau benar menyintaiku,tentunya tidak lari dari ujianku."Kemudian Asy Syibli berkata,"Ahli mahabbah,mereka telah minum gelas cinta.Maka bumi dan negeri ini kelihatan sempit.Dan mereka sungguh makrifat kepada Allah.Mabuk dalam keagungan-Nya.Berlalu lalang dalam kekuasaan-Nya.Mereka sedap bercumbu dan bermunajat kepada-Nya" Setelah itu Asy Syibli bersyair:...

''' Kata cinta wahai Tuhanku..
Memabukkan...
Pernah Engkau Lihat...
Kekasih sejati tidak mabuk kepayang.''' ..

Dikatakan  bhawa apabila unta sedang mabuk cinta maka ia tidak mahu makan sampai 40 hari.Kalau di bebankan dengan barang yang berlipat kali ganda,ia tetap akan bawa.ketika hatinya asyik mengingati kekasihnya,maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat di muati barang berlipat ganda itu demi cintanya.Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat,adakah engkau telah meninggalkan syahwat yang di haramkan demi kerana Allah?Sudahkah engkau meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah? Apakah engkau telah sanggup memikul kebaikan itu,maka pengakuanmu adalah kosong belaka.Tidak berguna di dunia mahupun di Akhirat,di sisi makhluk atau di sisi Khalik .

Di ceritakan dari Ali kwj,dia berkata,
"Barangsiapa merindukan Syurga,tentu akan cepat dan suka berbuat kebajikan.Barangsiapa takut kpd Neraka,tentu dia akan tahan nafsunya dari segala keinginan.Dan barangsiapa yakin akan mati,maka dia tidak begitu selera pada kelazatan.''

 Ibrahim al-Khawwas ra pernah di tanya tentang 'Mahabbah'.
Lalu dia berkata,
''Mahabbah adalah menghapuskan segala kehendak,membakar semua sifat dan hajat serta menenggelamkan dari dalam lautan isyarat''.

SURAH AL JUMU"AH (Jumaat)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

1. Apa yang ada di langit dan di bumi tasbih memuliakan (menunjukkan kemuliaan ) Allah, Raja, Maha Suci, Maha Kuasa dan Bijaksana.
2. Dialah yang mengutuskan pada kaum yang buta seorang Rasul di antara mereka, untuk membacakan kepada mereka keterangan-keterangan Tuhan, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmat (pengetahuan), biarpun mereka dahulunya dalam kesesatan yang terang.
3. Dan (juga diutuskan untuk kaum) yang lain dari mereka, belum pernah berhubungan dengan mereka. Dan Dia Maha Kuasa dan Bijaksana.
4. Itulah kurnia Allah, dianugerahkanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah itu mempunyai kurnia yang besar.
5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat,tetapi tiada mereka pikul, bagai keledai yang memikul kitab-kitab tebal (tetapi tiada mengerti isinya). Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan keterangan-keterangan Allah. Dan Allah itu tiada memberikan pimpinan kepada kaum yang bersalah.
6. Katakan : Hai orang-orang Yahudi! Kalau kamu mengira, bahawa kamu adalah kekasih Allah, berbeda dari manusia (yang lain ), harapkanlah kematian, kalau kamu memang orang-orang yang benar.
7. Tetapi mereka tiada pernah mengharapkan kematian itu buat selamanya, kerana (kesalahan) yang telah di kirim terlebih dahulu oleh tangan mereka. Dan Allah itu Maha Tahu akan orang-orang yang bersalah.
8. Katakanlah: Kematian yang kamu melarikan diri daripadanya, sesungguhnya akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dibawa kembali kepada (Tuhan) yang Tahu hal yang tersembunyi dan yang terang, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
9. Hai orang-orang yang beriman! Apabila ada panggilan untuk mengerjakan sembahyang di hari Jumaat, segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli! Itu lebih baik untukmu, kalau kamu mengetahui!
10. Dan apabila selesai mengerjakan sembahyang, kamu boleh bertebaran di muka bumi dan carilah kurnia Allah, dan ingatilah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung.

11. Dan ketika mereka melihat perniagaan dan permainan, mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau sedang berdiri. Katakan: Apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dari permainan dan perniagaan. Dan Allah itu paling pandai memberikan rezeki.

Yaa Allah


    • Yaa Allah....
      Saat hamba ini merindui seseorang...
      Rindukanlah hamba dgn insan yang terpaut hatinya padaMu..!!

      Yaa Allah..
      Ketika hamba terpikat dgn cinta seseorang...
      Pikatlah hamba dgn insan yang mencintaiMU...!!