Pages

Petang ini,,hhhmmm,,,,


Senja yg berlabuh

Kemerahan..
mentari kian pergi
awanan kelabu kian berlalu
menyisihku dlm sendu..
kelam kian berlagu sayu
menanti kn mnyinarkah bebintang hatiku..

Titis hujan menyulam bayu..
mnyelak dingin kalbuku
yg rindu akan tawa mu

Gapai tanganku sayang..
paut erat genggaman ku..
sapu lah derai dari mata ku..
yang sering mengintai mu.

Aku rindu kamu...hhmmmmmmmm.....

~H&H~
..................................


Assalamualaikum..selamat petang kpd insan2 yg sudi buang masa kalian sbntar untuk mnjenguk tlisan ku ini...

Tba2 rsa nk berpuisi petang nih..x perlah klu x best bunyinyer..asalkan aku bsa luahkn sdkit rsa rinduku...

Tadi aku bru jer mula blajar mengait..cra inggeris..yg guna 2 btg jarum panjang tu..nmpak cm senang..mula2 mmg senang..tp bila nk buat mkin panjang..makin susah lak jd nya..tp aku tetap akn truskan hgga siap.InsyaAllah!

Bosan??...aku x rsa bosan..tp aku rasa sunyi sangat2.Kalian x bosan ke?..ptg2 cmni klau dpt dgr bacaan surah Yassin dr Sheikh Mishary Al-Afasi..mmg syahdunyer jd bertambah2..Subhanallah!..

Aku tak tau org lain buat ape ptg2 cmni..aku biasanyer lah..suka belai pokok2 aku..tp la ni aku lbih suka belai bby Hanny...hati yg sdg 'sakit' bsa jd smbuh bla ku lihat raut wajahnyer...dh lah..malas nk ckap byk..nk gi peluk bby Hanny lah..daaaaaa...minta dri dlu..assalamualaikum

KENAPA?????????

Assalamualaikum...entry kali ini ttg perasaan aku yg teramat lah sedih... alangkah bgus nya andai aku dpt berkongsi cerita duka ku kali ini tanpa ada selindung,krna aku btul2 perlu luahkan nya pd sesuatu..untuk pengetahuan smua..dgn sungguh bertrus-trang nya....aku nk bgtau..seikhlasnya...aku menaip entry ini dgn deraian air mata yg x mau berhenti...dengan perut yg lapar...hati terguris...aku cuba untuk merangkai kata2 agar aku mendapat sedikit kelegaan ...

Namun ternyata aku hampa..krna hati ku tetap terluka dan air mata ku tetap terus mengalir tanpa ada seorang pon yg sudi memujuknya.

Dalam saat aku berpantang...setiap hari aku menangis....krna terluka dgn tingkah seorang yg juga bernama manusia.

Aku takut....aku takut aku tidak ckup kuat untuk trus menghadapi ujian hdup ini...d abaikan...d aniaya...d sakiti....

Aku tak rela d perlakukan begini...aku bimbang aku akan jd gila!!!!!.....aku risau aku jd sewel!!!!

apa aku hrus menikam sesiapa untuk dpt bernafas???..atau..adakah hrus aku meracun sesiapa untuk aku bebas???

jangan sakiti aku lagi...aku x mampu untuk memikul beban itu...aku mau nyawaku...tolong lah aku yg terlalu kecewa ini ya Allah!..,,,,,

Pagi ni,,,,,dlm otak aku...

Assalamualaikum....hari ni 12/9/2011 ..pukul 10:30 pagi..

x de ape yg menarik pon..just wt status kt fb..mintak maaf dgn smua org jer..aku msih tercri2 biz ape nk wt on9..rasa2nyer nk cri modal n gi k Nilai 3..kt sana mesti byk idea yg aku leh dpt..tp bila nk gi??..cmner nk dptkn modal dlm RM2000.00??...

Susah gak bila serius biz on9 nih..hmm...tp x per,nk intai2 pluang dpt kn modal dr mna2 pihak...

aku pernah terfkir ttg 'ALONG'..tp tkut nnti aku yg melolong!!!!...ehehehehehe......almaklumlah..nnti kna potong lak aku..huhuhuu...

daaaaaaa,,,,cau! (^___^)

Khasiat Ikan Haruan


Ikan air tawar jenis karnivor ini, juga spesies asli hutan hujan tropika, boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia.

Khasiat buah Delima


Buah Delima termasuk buah yang termaktub dalam AlQuran. Keajaiban khasiatnya secara medis juga telah terkuak. Pada tahun 2008, Harapan T (23), mahasiwa Fakultas Kedokteran Universitas Syiah Kuala (Unsyiah) Banda Aceh telah menemukan zat dalam buah delima yang dapat membunuh virus dan mencegah keganasan virus HIV/AIDS. Dan juga penelitian medis Dunia telah menemukan khasiat-khasiat khusus yang ditemukan dalam buah delima.

Firman Allah SWT:

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(QS.Al An’aam:99)

Tanaman Berkhasiat

Berbagai jurnal kesihatan menyebutkan, sari buah delima mampu menjaga kesihatan jantung dan dapat mencegah/mengubati penyakit kanser (lihat pula Jus yang Menyihatkan).

Selain biji, bahagian yang dapat dimanfaatkan untuk pengubatan tradisional antara kulit batang dan kulit akar, serta daun. Kulit akar dan kulit batangnya mengandung alkaloid peliterin, sebuah senyawa aktif untuk mengubati penyakit cacing dan cirit-birit.

Tumbukan buah dan seduhannya juga berguna untuk menghentikan cirit-birit. Sementara air rebusan bunganya boleh dijadikan ubat alternatif untuk meredakan sakit gigi.

Kulit akar, kulit batang, serta kulit buahnya juga mengandung zat penyamak (tanin), yang berkhasiat untuk mengecilkan pori-pori, antiseptik dan hemostatik (obat keputihan). Kadar tanin tertinggi terdapat pada kulit akar (28 %), sedangkan kulit buah yang kering mengandung 26peratus tanin.

My sweetheart,,,


Assalamualaikum....

...jam menunjukkan pukul 1:25am,mata ni msih terang lagi..

nak tlis aper ek?..tiba2... Hanny!!...ok..kli nih nk citer psl my sweet bby Hanny.

Lahir pd 26 Ogos 2011..2pm.Sungguh merisaukan..kerana dia d lahirkan melalui pembedahan.Atas alasan ..jantung bby lemah...yer ke?...tp msa dgr jantung bby..ok jer??...dlm msa 1/2 jam...tba2 d sruh jalani pembedahan??...aikkkk???...terkjut aku d buatnyer.

Pembedahan berlangsung selama 2 jam.Semuanya selamat setelah aku mendengar suara bby Hanny!..Alhamdulillah..syukur pd Allah.

Sebelum aku d keluarkan dari bilik pembedahan,aku d suruh menyusukan bby Hanny...ya Allah..berderai air mataku saat pertama kali aku melihat wajahnya dan menyentuhnya!..ALLAHUAKHBAR!!!!

Anugerah terindah d saat aku menghadapi ujian-NYA yg teramat berat...alhamdulillah..maha suci Allah memberikn ku hadiah terindah d saat ku memerlukan penguat semangat tuk trus berjuang untuk hidup.

NURUK SHAQIRA HANNY ANNISA binti Sharullizam..2.7kg

Kembali dengan blog....

Assalamualaikum...

..Morning smua..sekarang jam menunjukkan pkul 5:22 pagi hari Rabu.

Lama nya aku x jenguk blog nih..nasib baik ade sorang sahabat baru yg sudi mengingatkan aku ttg blog aku ni.Segan lak rsa nyer..org lain lak yg lbih prihatin..hhmmm..sangat2 menghargai pendapatnyer..katanya.."blog aku ni just kekurangan bahan2 ilmiah jer.."...mmg pon,main 'taruk' & 'bubuh' jer aku nih..

Bukan aper..kdg2 tu bila tanya kwn2 yg terer2 dgn blog ni..maklumat tu x brapa nk fham,nk tanya lbih2 karang kna 'sound' lak...hihihi...tambah2..aku ni lak jenis malu nk tanya byk, tu yg blog aku asyik sesat jalan jer..hak3x

ok lh...ckup stakat ini dlu tuk permulaan yg bru nih...len kli aku wt entry bru pnjang2 lg...hihihi...cau,,,,lalalalalala....(^_^)

Wassalam.