Pages

Sebuah Impian

Assalamualaikum..selamat tgh malam..mata masih tak nak pejam n tba2 terasa nak tulis sesuatu..inilah hasilnya,,,

Wanita mana yang tidak mahu menjadi cantik?? Begitu juga aku.Aku ingin kembali berhias secantik-cantiknya setiap hari.Tapi masanya belum tiba.Aku ingin kembali berwangi-wangian, tapi belum masanya.Yang ku mampu saat ini hanyalah mempersiapkan diri untuk yang bakal memiliki hati ku nanti.Aku sedang cuba menambah ilmu2 agama didada, agar suatu saat nanti andai aku sudah punya raja dihati..aku tidak terlalai dengan nikmat cinta darinya dan akan selalu mampu menjadi penasihatnya walau dalam apa jua keadaannya nanti.


Aku juga sedang merancang2 bagaimana nak menambah sumber pendapatan tanpa perlu terlalu melakukan kerja mncari duit dengan bertungkus-lumus 24jam sehari..kerana aku ingin masa aku dan dia lebih menumpukan pada hal2 agama bersama dengan anak2 kami nanti,,itulah antara impian hidup masa depan ku.

Walau aku tahu,setiap sesuatu yang ingin dicapai tidaklah mudah .Namun aku yakin dengan akal yg Allah Ta'ala anugerahkan ini aku mampu merealisasikan impian aku itu.

Dulu..aku sangat2 berbeza dengan aku hari ini. Aku suka enjoy..jalan sana..jalan sini..abiskan duit dgn membeli mcam2 barang yg tak perlu.Tapi alhamdulillah..wlu aku bgitu..aku bukanlah yg tergolong dlm kategori wanita sosial. Aku masih mampu mnjaga adab2 pergaulan, cuma mungkin aku waktu itu suka dgn fesyen2 yg mampu menarik perhatian org supaya memuji dan mmg itulah yg sring aku dapat dulu..hmm..sungguh menyedihkan jika dikenang2kan.

Mungkin dulu keadaan aku kurang dekat dengan hal2 agama dan tidak pernah dititik-beratkan oleh sesiapa pun.

Alhamdulillah...kini aku sedar..kecantikkan bukan untuk tontonan umum tapi cuma untuk seorang suami sahaja. Dan demi hal itu,telah ku baluti badan ku keseluruhannya. Alhamdulillah ternyata hidupku kini lebih tenang..lebih mudah..lebih terjaga.

Mendidik hati untuk setia..sangatlah susah.Kadang-kala..kita menjadi berlebihan...dan akhirnya hal berlebihan itu hanya akan melukakan hati sendiri.Belajar bersederhana dalam segala hal. Itu lebih baik untuk diri kita sebagai seorang manusia yg tidak sempurna.

Insyaallah,seandai nanti aku ditakdirkan Allah dapat menjadi seorang istri lg..akan ku layani suamiku seperti raja,akan ku jaga dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki.Akan ku taati dirinya sewajarnya. Akan kubahagiakan juga ibunya kerana ibunya adalah tanggungjawab kewajibannya (anak lelaki)..akan ku ringankan beban dibahunya.Akan ku tenteramkan jiwanya dengan kelembutan kasih-sayangku.Akan ku penuhi semua keinginannya sewajarnya.Akan ku belai dirinya seakan anak kecil yang paling manja. Akan ku suapkan dirinya dengan masakan dari jari-jemariku.Akan ku rawat kelelahannya dengan cintaku.Akan ku lenakan dirinya dalam pelukan ku sehangatnya...dan akan ku bantu bangunkan dirinya untuk bertahajjud bersama-sama.


Semoga semua impian yang selalu ku selitkan dalam doa2ku dimakbulkan Allah Ta'ala...Aamiin Ya Robbal Aalamiin.

Entri malam ni...test2!!..test2!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..selamat tgh malam smua..Malam ni hujan lebat sangat2.Tadi dah say bye2 kt fb tp mata tak boleh nak lelaplah,so on9 kjap cari link ke blog kawan fb yg nama yellow..bca2 blog dia n found sesuatu yg menarik ..nak cuba guna kat sini..hehehe..sedang2 wat entri ni ada pula yg baik hati bancuhkan teh 'O' walau tak berapa nak panas..boleh lah...slurrpppp Alhamdulillah sdap!

Dari subuh smlam asyik hujan jer,tp best jugakan cuaca redup..suhu sejuk..so x de alasan org nak merungut dgn panas.Tapi risau juga bila cuaca asyik mcmni,bkn apa..teringatkan mak kat Langkawi n adik-beradik kat pantai timur sana..Harap2 cuaca disana baik2 jer..Aamiin .

Yang sebetulnya tadi ingat nak sembang dgn seseorang .. tapi nampak gayanya orang tu tdur kot..mungkin penat sbb hari ni dia jalan jauh bawa ibunya ke majlis walimah saudaranya.So mlm ni aku layan blog yg tak seberapa ni lah jer..

Suka sangat dgn kawan fb nama Yellow yg der blog juga ni..dia rileks jer..tak terlalu nak org follow. Dulu aku pun cmtu,tp d sbbkan tgk kwan2 duk kejar2 nk sruh org follow,,terikut2 lak dh. Tapi sekarang aku dh kembali buat ikut suka,asalkan aku dpt kepuasan dlm menulis..'what ever i want to'...

oklah..rasanya entri ni cukup sampai sini dlu.Klo ada ideas lg,,nnti tulis lagi..byeeee

Persahabatan Yang Hilang



'Ukhuwah yang dibina biarlah seperti seutas tasbih..ada awal..tiada penghujung..diciptakan untuk mengingatiNya..dibahagi untuk cintaNya..Diratib demi redhaNya'


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...berhabuk dh blog jie ni..kesian..lama tak di jenguk.

Tadi buka fb..cari2 status dr insan2 kesayangan..adik2 fb yg rapat2..baca dlu..tp rasa kelainan.Seperti biasa..naluri ni selalu mudah meneka. Hati tergerak nak tgk wall seseorang ni.hmmm...seperti yang dijangka, tak dapat tengok..ertinya..Jie dh d block!..ouwwwww...tak per! tak pe..

Tapi nampak sangat...padahal sebelum ni ..Jie dh tau dia duk bohong jer dgn jie..cuma jie malas nak fkir..small matter kata org kampung jie...huhu...tp nampaknya dia dh mula merepek..nak block..block lah..tp yg heran tu..nak juga guna fb org lain intai2 wall jie :D...ape daaaaa...kih3x..!

hmmm..dh lah..malas nak tulis lg..biarlah dia..asal dia tak meroyan..merapu meraban kat jie dh..malaaaaaassss nak ambil tahu lg dh..kIcIwA!!!...(^____^)V~(konon!) ;P

tp jujur dlm hatiku..terdetik sedikit kesedihan..teman yg pernah berkongsi masalh..kini menghilang..beginilah adat hidup didunia..klo ade yg baca tulisan ku ini..TOLONGLAH!..jangan buat kawan2 anda bgini..tak baik tau,,kesian kawan anda nnti :'(

k lah..tak mo sdey2...nak cau lu...hukhuk...minta diri dlu..wassalamualaikum..hukhuk :'(