Pages

SURAT SAYANG UNTUK AWAK


Awak...
Saya telah mengembara ke 'hujung dunia', mencari apa yang saya inginkan.

Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah begitu riang gembira. 

Demi Tuhan, saya tidak tahu mengapa. Tapi itulah kebenarannya.

Setelah beberapa lama kita berkawan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.

Dan di saat saya begitu menyayangi awak, 

Perasaan sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya.

Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. 

Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari.

Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang. 

Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?

Saya tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak...

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati yang pernah di kecewakan?
Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?


AWAK!!

Awak mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali. 
Tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'Seseorang', seseorang yang nak saya sayangi dan satu perkahwinan...

Kita hidup sekali,mati sekali dan Menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..!!
Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. 

Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak..

Awak,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu.

Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana perasaan saya sayangkan awak,
Ini lah jawapan saya :

"Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya....

"Kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya aga awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu itu saya akan buta buat selamanya..

dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini....'

Semuanya untuk awak...

Seseorang telah berkata,

"Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"

Awak,
Kerana saya menyayangi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari.

Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya.
Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.


Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..


Akhir kata...

Saya doakan awk bahagia dengan hidup awak...

Saya SAYANGKAN awak...

No comments: