Pages

KEBERKATAN SURAH YASSIN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Segala puji bagi Allah SWT yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui

Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri.

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.Lindungi rumah dari pencuri, baca dan tiup d tiap2 penjuru rumah .
              Lindungi diri dari di aniaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
               CARAnya: Baca ayat 9,surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali stiap surah dan ayat Qursi

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yassin. Rasulullah SAW berhrap ayat ini d hafal oleh setiap mukmin

Ayat 13-35: mengisahkan orang2 yang mati syahid

Ayat 22-23: Untuk menjaga akidah dan memberi hidayah kepada anak

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut

Ayat 30 : untuk keinsafan.
                Supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (hrus sentiasa dihati-beramal dengannya)

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
                CARAnya: Ingat yang segalanya dtg dr Allah SWT dan kita umat Muhamad SAW.

Ayat 33-35 : Elok di jadikan amalan bagi yang bercucuk tanam.Insyaallah tanaman akan menjadi subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan atau pun kejadian di dunia ini  di jadikan berpasang-pasangan.
                Ayat ini elok di amalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

             ::CARAnya: Baca ayat ini dan di tiup 7 kali dalam tangan dan menyebut"Ya Wadud" sebanyak 3 kali dan
                 sapukan ke muka pd pagi hari.

Ayat 37 : Untuk menetapkan hati-akidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yg bulan dan matahari pun sujud pd Allah SWT yg satu

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falaq.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah SWT yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Nuh a.s menaiki kapal. Elok d bca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokkan hidup di dunia- Di baca untuk di jauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan org kafir  kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan petama: Datang dengan tiba-tiba. Tiupan kedua: Hancur.
                Tiupan ketiga: Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan di hisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah SWT. 'Jika sakit kepala, baca dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
               Jika sakit anggota, hati yang tidak tenang, maka dibaca 7 kali dan gosok pada tempat yang mengalami kesakitan.

Ayat 76 : Di baca untuk tenteramkan diri dari fitnah orang, bila rasa sedih, sebak atau pun kecewa.
                CARAnya: Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78-79: Di khaskan untuk sakit urat tulang dan badan. Untuk doa  bermula daripada ayat yang bermaksud:
                    "dia  berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79).
                     Bacalah jika sakit tulang,urat atau tulang patah.
             
Ayat 79 : Katakanlah yang akan mnghidupkannya ialah yg menciptakanya pertamakali, Dan DIA maha Mengetahui
                tentang segala makhluk.

Ayat 82 : untuk hajat. Jika berhajat sesuatu, bacalah 100kali. Dibaca pd air dan di minum selama 40hri, bleh menjadi
                penawar. Jika air hbis, ulang bcaan t'sebut shgga 40 hri.
                CARAnya: Sembahyang Tahajjud 3kli berturut2. Baca pd air 100kali dan berdoa apa sja hajat.

                Wallahu'alam

Secara ringkasnya surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak atau sudah meninggal dunia. Bacalah  di sisi mereka agar orang yang sakit berada dalam keadaan tenang dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul juga.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan niat dan ikhlas. 

No comments: