Pages

AKU hari ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

...lama rasanya tidak menulis di sini..entah kenapa ..tiba-tiba hati terasa rindu. Mungkin kerana hati ku saat ini sedang cuba melawan rasa yang hadir. Kadangkala aku tertanya-tanya, setakat mana kesabaran yang aku ada..dan jawapannya?... ada dalam diri aku sendiri...''selama mana yang aku mampu''. Aku malu dengan Allah yang memberi aku peluang untuk bernafas...kerana baru sekarang aku belajar menghargai hidup aku..belajar menyayangi diri sendiri..kalau dulu..aku sanggup abaikan rasa.perasaan..keinginan dan cita2 demi orang lain..kini aku mahu bangkit..dan semoga keputusan yang aku buat ini tepat!..Aamiin!..bukan mudah bila kita mulai mengorak langkah..kerana pada saat beginilah, ujian akan datang bertimpa-timpa. Menguji dan menduga..

Namun..tiada seorang pun yang tahu apa yang sedang aku alami kerana aku tidak pernah suarakan atau hadirkan hal ini di mana-mana. Kerana aku tahu..tak mungkin ada yang mampu membantu ku. Biarlah aku telan semuanya sendiri. Aku yakin..niatku baik dan aku yakin..Allah akan selalu menunjukkan jalan yang benar pada aku..dan aku yakin, Allah akan permudahkan segalanya untuk aku hadapi masalah ku ini..Aamiin Ya Robbal Aalamiin.

No comments: