Pages

KHASIAT KURMA



KHASIAT KURMA
Kurma ialah sejenis tumbuhan (palma)  atau dikenali dengan nama saintifiknya Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada yang dimasak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh dinegara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis spesis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang juga dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis spesis. Dalam kalangan penduduk di negara-negara Arab, kurma ialah makanan utama mereka, malah dalam kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya:
"Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma yang masak"Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.

"
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang di tanam sendiri oleh Rasulullah SAW. 


Terdapat juga dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kurma ini, iaitu ketika dialami oleh Sayyidatina Maryam ketika beliau mengandungkan Nabi Isa a.s. Tafsirnya:

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."(Surah Maryam:25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah SWT memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 



Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain. 




Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. 




Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya:
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum  solat. Sekiranya tiada kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka baginda meminum beberapa teguk air .
(H.R. Ahmad)
Di riwayatkan oleh Anas r.a beliau berkata:
"Rasulullah SAW berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:Maksudnya:Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata:
"Saya mendengar  Rasulullah SAW bersabda:
"Hindari-lah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah biji kurma."
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah biji kurma maka kita telah terhindar daripada api neraka. Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka, khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugasan harian iaitu beribadat kepada Allah SWT. 


BIODATA RASULULLAH SAW


::Biodata Baginda::

Nama: Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (di kenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah   Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makah Al-Mukaramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (di gelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As- Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-S'diah. suaminya bernama Abu Kabsyah)


 ::USIA 5 TAHUN::
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


::USIA 6 TAHUN::

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


::USIA 8 TAHUN::

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


::USIA 9 TAHUN:: (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusyafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira ) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


::USIA 20 TAHUN::
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhamad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Baginda pernah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

::USIA 25 TAHUN::
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalan ke Syam ditemani oleh lelaki suruhan Khadijah.Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu, Mas kahwin baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham.

::USIA 35 TAHUN::
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul -Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakkan batu tersebut.

::USIA 40 TAHUN::
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikkan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

::USIA 53 TAHUN::
Berhijrah ke Madinah Al-Munawarah dengan ditemanin oleh Saidina Abu bakar Al-Siddiq.Sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M

::USIA 63 TAHUN::
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/8 Jun 632M.


~:: ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
::~

~ Kahdijah binti Khuwailid

~ Saudah binti Zam'ah

~ Aisyah binti Abu Bakar(anak Saidina Abu Bakar)

~ Hafsah binti Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)

~ Ummi Habibah binti Abu Sufyan

~ Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

~ Zainab binti Jahsy

~ Maimunah binti Harith

~ Safiyah binti Huyai bin Akhtab

~ Zainab binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin)


~:: ANAK-ANAK RASULULLAH SAW::~
 

1~ Qasim
2~ Abdullah
3~ Ibrahim
4~ Zainab
5~ Ruqaiyah
6~ Ummi Kalthum
7~ Fatimah Al-Zahra


~:: ANAK TIRI RASULULLAH::~
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zuharah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW ,Khadijah adalah seorang janda).


~::IBU SUSUAN::~
1~ Thuwaibah
2~ Halimah Al-Saidiyyah


::SAUDARA SUSUAN::
1- Hamzah
2- Abu Salamah  Abdullah bin Abdul Asad
3- Abu  Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
4- Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
5- Syaima binti Harith bin Abdul Uzza
6- Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza


::BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (anak-anak kepada Abdul Muttalib
 )

1- Al- Harith
2- Muqawwam
3-  Zubair
4- Hamzah*
5- Al-'Abas*
6- Abu Talib
7- Abu Lahab (nama asalnya Abdul 'Uzza)
8- Abdul Ka'bah
9- Hijl
10- Dhirar
11- Umaimah
12- Al-Bidha(ummu Hakim)
13- Atiqah**
14- Arwa**
15- Umaimah
16- Barrah
17- Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)

* Sempat masuk islam
**Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku  nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(H.R.Al-Sajary daripada Anas)

~::~ MUTIARA KATA~::~
"Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir"(wasiat Imam Syafie r.a )


............:::H&H:::.....................:::H&H:::.............:::H&H:::...................